Quantcast
Channel: Persatuan Penggiat Komik Malaysia (PeKOMIK)
Viewing all 103 articles
Browse latest View live

Pekomik | KRU OPEN DAY 2015 + BUKU & BAZAR

$
0
0
Kami akan berada di Hari Terbuka KRU Academy pada hari 28 Mac (Sabtu, 8.30 pagi hingga 5.00 petang) dan Buku & Bazar Kota Buku pada 28/29 Mac (Sabtu & Ahad, 10 pagi hingga 8.00 malam) pada hujung minggu ini. Pelbagai acara dan aktiviti menarik akan diadakan.


 PEKOMIK @ KRU OPEN DAY 2015









PEKOMIK @ BUKU DAN BAZAR






Mari kita meriahkannya bersama dan datanglah beramai-ramai!


Pekomik di Port Dickson hujung minggu ini!

$
0
0

Salam, 

Pekomik akan berada di Karvinal Uniti & Karangkraf, Port Dickson, Negeri Sembilan pada 3 - 5 April 2015 ini. Kami akan mengadakan sessi 'doodle' khas di sana nanti pada hari Sabtu (4 April 2015). Pekomik akan menampilkan Aku Napie, Ahm Ahmad,  Faizal Mukhtar, Fuad dan ramai lagi.

Datanglah beramai-ramai! 

Kemunculan sulung Pekomik di Negeri Sembilan!!!

Pekomik + Animas di Animasi@Besut

Foto: Pekan Kartun Kellies 2015

Pekomik @ Stadium Bukit Jalil sempena Festival Pengguna Malaysia 2015

$
0
0
Pekomik x Animas x TOON Tuition akan membuat kemunculan di Festival Pengguna Malaysia 2015 anjuran TV Pengguna Malaysia pada 10 hingga 12 April 2015 ini bermula jam 10.30 pagi hingga 10.30 malam di Stadium Nasional Bukit Jalil. Ada jualan komik, pameran animasi dan sesi beramah mesra bersama para kartunis dan karikaturis yang ramah dan juga mesra 
smile emoticon

Anda semua dijemput hadir bersama seisi keluarga bagi memeriahkan lagi suasana!







Live Doodle bersama krew Pekan Kartun @ Galeri Panorama, Pulau Pangkor hari ini!!

Pekomik @ Collectors Toy Fair Kuala Lumpur 2015 (CTFKL'15) pada 4/5/15

$
0
0


Pekomik bersama dengan rakan-rakan strategik akan memeriahkan lagi Collectors Toy Fair Kuala Lumpur 2 (CTFKL2) pada hari Isnin @ 4/4/15 di Kompleks Sukan Datuk Keramat Kuala Lumpur. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.ctfkl.com.






JEMPUTAN TERBUKA: Melukis di Selangor Islamic Fest @ Stadium Melawati, Shah Alam pada 30-31 Mei 2015

$
0
0


Salam Pekomik.
Kami menjemput para penggiat dan peminat komik untuk sama2 memeriahkan acara Selangor Islamic yang bakal diadakan di Stadium Melawati Shah Alam pada 30-31 Mei 2015 ini.
Para peserta diminta untuk melukis 2 helai illustrasi untuk buku ketika acara tersebut.
Ayuh bersama kami melukis di Selangor Islamic Fest @ Stadium Melawati, Shah Alam pada 30-31 Mei 2015.
1) Token akan diberikan (WANG TUNAI)
2) Tshirt
3) Makan 3 kali
4) Boleh jual produk2 sendiri di booth yg disediakan
Kita akan bersama2 dengan kumpulan lain spt Comichat, ComicoreClub dan lain2.
TEMPAT TERHAD
Berminat? Hubungi kami segera.
Cetusan komik dan dakwah

Berminat? Hubungi MIOR 012 57 3503 segera.

Kluang Mall: Pekomik @ Play Time!

$
0
0

Meet us @ Kluang Mall

18-20 Sept 2015

:)

AGM PeKOMIK Yang Paling Ramai Dalam Sejarah

$
0
0
Assalammualaikum

Pada hari Ahad @ 3/12/17 telah berlangsung mesyuarat agung untuk sessi tahun 2018/19;

1)Komen salah seorang mantan presiden "... inilah AGM yang pekomik yang paling ramai dalam sejarah...."

2) Kemunculan wakil2 dari negeri2 luar lembah klang, spt Perak, Kedah, Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan dan sbgnya.

3) Sessi perkongsian atau 'open mic' ttg arena komik Malaysia.

4) Tayangan video live feed di facebook.

5) Tempat AGM yang selesa & kondusif tajaan Perbadanan Kota Buku dan jamuan makan minuman tajaan Rumah Kartun & Komik Malaysia-MCCH

Terima kasih kepada para tetamu jemputan (Tuan Hasri & Tuan Zubair), AJK AGM pekomik, calon2 presiden, dan semua pengiat komik Malaysia yang hadir!


Antara isi perkongsian antara ahli pekomik;

1. Ahli kena tahu aktiviti. Pastikan informasi terus kepada semua ahli.

2. Anjurkan acara atau aktiviti komik yang menarik anak muda.

3. Perkasakan media sosial

4. Databases research pasaran komik danRnD komik

5. Ketengahkan artist muda

6. Ambil perhatian ipcc-mdec untuk kategori komik yang sudah lama tiada.

7. Mobile apps utk Pekomik.

8. Pencarian bakat baru pelukis komik.

9. ... dan lain-lain


Pekomik bangkit!


Kredit info/foto: Ekram, Aznan(dakwat hitam), Gayour, Azrul Bekazon & Faizal mukhtar

Sertai PeKOMIK Mascot Battle! Dan Menangi Pelbagai Hadiah Yang Menarik

$
0
0
Battle ini adalah bersempena dengan program Pekomik Bangkit! iaitu penjenamaan dan penstrukturan semula Persatuan Penggiat Komik Malaysia (Pekomik).

Para peserta boleh melukis secara manual atau digital serta mengalu-alukan kepelbagaian gaya dan 'stroke'. Ikon maskot tidak tertakluk pada simbol "Harimau" sahaja .

SYARAT-SYARAT:
1 | Peserta hendaklah post artwork di profil facebook anda sendiri dan tetapkan 'privacy' post tersebut kepada 'public'.
2 | Setiap post di buat di facebook hendaklah di sertakan juga #pekomik #kamipelukiskomik #battlelukismaskotpekomik
3 | Setiap posting battle perlu dikongsikan ke Group 'Kami Pelukis Komik' -->https://www.facebook.com/groups/IhsansComic/
4 | Tempoh penyertaan adalah 14 HARI. (12/1/18 hingga 25/1/18).
5 | Penyertaan yang ada dinilai oleh juri jemputan khas.
6 | Sila guna template ini : https://www.facebook.com/groups/IhsansComic/2005348492815055/ sebagai langkah untuk mencegah unsur plagiat pada karya, mengesahkan penyertaan anda dalam battle kali ini dan untuk mengesahkan originaliti karya lahir dari battle anjuran KPK dan PEKOMIK.

---

TIGA KARYA TERBAIK akan dipilih dan mendapat hadiah sumbangan daripada Bekazon, Komik-M, Daie Kreatif Venture, Sempoi, Comicore Club, Sketches Online Store&KEDAI KOMIK ONLINE.

PeKOMIK Classroom #001 - Belajar Teknik Menghasilkan Komik Dari 3 Pelukis Profesional Ini

$
0
0

PEKOMIK CLASSROOM #001

✅ Sebuah usahasama strategik Pekomik dan Perbadanan Kota Buku
✅ 3 tenaga pengajar dari 3 lapisan generasi berbeza
✅ Tembakau - Comic For Life!
✅ Bophairy - Asas ilmu komik dan Proposal Komik
✅ Pokcik Fingernailz - Teknik penulisan komik

LOKASI DAN MASA :

👉 Bilik bengkel yang selesa dan kondusif.
👉 Bilik Tuhfat, Perbadanan Kotabuku Tingkat 24, Menara Maju, 1001, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur
👉 10/3/18 @ Sabtu, dari 9am hingga 5pm.

YURAN :

👉 RM 70 untuk Ahli Rasmi PeKOMIK.
👉 RM 100 untuk bukan Ahli Rasmi PeKOMIK.
👉 RM 65 / seorang untuk pendaftaran secara berkumpulan 3 orang ke atas.

HUBUNGI :

Whatapps / sms ke nombor 010-896 7502 (Amna Syakira - Biro Latihan / Kemahiran)

Tempat Terhad, DAFTAR SEGERA ❗❗❗

PeKOMIK Bangkit!

Akhirnya..Anugerah PeKOMIK Kini Kembali! Baca Syarat Dan Download Borang Untuk Penyertaan

$
0
0

Yup! Anugerah PeKOMIK kembali lagi pada tahun ini. Anugerah PeKOMIK merupakan sebuah acara bagi menghargai pengkarya komik anak tempatan. Ia telah diwujudkan sejak tahun 2009 oleh Persatuan Penggiat Komik Malaysia yang tidak pernah jemu untuk menyokong dan memperkasakan industri komik dan karya kreatif di Malaysia. Anugerah ini juga menjadi pemangkin dan penunjuk aras untuk kualiti terbitan komik di dalam Malaysia serta rantau Asia Tenggara.

Kepada semua penerbit, penggiat serta karyawan komik Malaysia -- Pencalonan buat anda semua dengan rasminya telah dibuka.

Demi melebarkan semula tradisi yang telah disemarakkan bersama, laungan untuk memartabatkan semula industri penerbitan komik negara sudah bermula. Justeru itu, kami di Pekomik dengan rasa berbesar hati ingin menjemput anda untuk bersatu dalam usaha mezahirkan prestij pada acara yang gilang-gemilang ini.

Anugerah PeKOMIK akan berlangsung pada 1 MEI 2018 di Aras 5, Putra World Trade Center (PWTC), KL

Baca syarat dan kategori penyertaan untuk lebih lanjut :-



DOWNLOAD SURAT JEMPUTAN

Borang Pencalonan:-



DOWNLOAD BORANG PENCALONAN

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi :-

Sekretariat Anugerah Pekomik 2018
No. 51A, Jalan SG 3/1,
Taman Sri Gombak,
68100 Batu Caves,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Atau hubungi Sekretariat Anugerah Pekomik 2018
En. Rani Ahmad
Emel: wukong_1979@yahoo.com
Tel : 019 362 7976

En. Mior Azhar
Emel: encikmeor@gmail.com
Tel: 013 310 0020

Dengan usahasama strategik Perbadanan Kota Buku

Senarai Pemenang dan Pencalonan Akhir Anugerah Pekomik 2018

$
0
0

ANUGERAH PEKOMIK 2018 berlangsung di Kuala Lumpur Trade and Copyright Centre 2018, Aras 5, Putra World Trade Centre, Kuala Lumpur pada 1 Mei 2018 dan berikut adalah senarai pencalonan akhir dan pemenang mengikut kategori.

KOMIK KANAK-KANAK TERBAIK

1. Tit Tok – Pelbagai artis | Komik Kita Studio
2. Taubat Si Tanggang – Adifitri | Maple Comic
3. Budak Kombo – Froggypapa | PTS Publication
4. Sweet Ana Solehah – Abang Kerel dan Kak Adah | Ana Muslim [PEMENANG]

KOMIK ALTERNATIF TERBAIK

1. Birat! – Ahm Ahmad
2. De Gwet: Aura Sakti – Pelbagai artis
3. Garaj Komik – Pelbagai artis
4. Aku Enggineer – Topek Comics [PEMENANG]

KOMIK DAKWAH TERBAIK

1. Inspirasi Muslim – Farish & Dzul | Ana Muslim
2. Misi Budak Tahfiz – Afiq & Nazry Salam, Hanza, Ahmad Syahmi & Imanimex | PTS Publication
3. Mari Ngaji Bersama UAI – Pandan | APT Inventions (MOY Publication) [PEMENANG]

MUKA HADAPAN TERBAIK

1.Dunia Pendekar: Nilam Kesakti Baru – MF Ajif | Komikajif.com
2. Jenama X – Aie | Studio Diam-diam Ubi [PEMENANG]
3. Koleksi Pendekar Tangan Berapi – Keladi | APT Inventions (Bekazon)
4. Spender Boy – Pakngahalipz | Komrad Komik

VARIASI KOMIK TERBAIK

1. Aku, kau dan Cinta – Pelbagai artis | PTS Publication
2. Driving Malaysia – Pelbagai artis | Maple Comic
3. Jenama X – Pelbagai artis | Studio Diam-diam Ubi [PEMENANG]
4. Pauh Parok! – Pauh | Maba Studio

KOMIK ONLINE TERBAIK

1. 1984 – Bophairy | Matkomik.com
2. Antologi Seram – Pelbagai Matkomik.com [PEMENANG]
3. Seketul Sina – Arif Rafhan | Superdoofus
4. Dari Malaysia Dengan Cinta – X se-tank | Tans Horizons Media
5. Last Doctor – Gagak | Tapas

MAJALAH KARTUN TERBAIK

1. Sempoi – Pelbagai artis | Maju Ikhlas Utara
2. The Amazing Awang Khenit - Pelbagai artis | Sead Studios [PEMENANG]
3. Bekazon - Pelbagai artis | APT Inventions (Bekazon)

PENULIS KOMIK TERBAIK

1. Permata Laut Silan – Aemir Khalid dan Anshari Mohd | Nuorg Comic
2. My Giant Geek Boyfriend – Fishball | Maple Comic [PEMENANG]
3. Badang – Burhanuddin Sarji and Imran Marsad | Ba-C Mente Studio
4. Aku Engineer – Taufik Hafzi | Topek Comic

PELUKIS KOMIK TERBAIK

1. Jejon Di Jepun – Jonsuraya | Maple Comic
2. Spender Boy – Pakngahalipz | Komrad Komik
3. My Giant Geek Boyfriend – Fishball | Maple Comic
4. Permata Laut Silan – Aemir Khalid dan Anshari Mohd | Nuorg Comic [PEMENANG]

PELUKIS KOMIK HARAPAN

1. Paradigma Guru – Pokcik Fingernailz | Maple Comic
2. Aku, kau dan Superhero (Wirawan Sebenar) – Froggypapa | PTS Publication
3. Spender Boy – Pakngahalipz | Komrad Komik [PEMENANG]
4. Misi 4 Flat – Afiq dan Nazry Salam | PTS Publication

KOMIK TERBAIK MALAYSIA

1. Permata Laut Silan – Aemir Khalid dan Anshari Mohd | Nuorg Comic
2. My Giant Geek Boyfriend – Fishball | Maple Comic [PEMENANG]
3. Spender Boy – Pakngahalipz | Komrad Komik
4. Jejon Di Jepun – Jonsuraya | Maple Comic

ANUGERAH BERUS EMAS

Baba Chua

ANUGERAH TOKOH PENGGIAT KOMIK

Prof Dr Muliyadi Mahmood

ANUGERAH KEMBARA PEKOMIK

ME @ Azmi Hussin



T-SHIRT PEKOMIK JAWI - Pre Oder Dibuka!

$
0
0

T-SHIRT PEKOMIK JAWI - Pre Oder Dibuka!

- Pre order dari 31/5/18 - 8/6/18
- 3 warna: kuning, putih dan hitam
- Saiz S-3xl
- Harga RM 30 (bukan ahli) dan RM 25 (ahli). Caj pos tambahan RM 10

PRE ORDER t-shirt eksklusif ini segera dgn klik Link di bawah:
--->http://pekomikbangkit.wasap.my/
--->http://pekomikbangkit.wasap.my/
--->http://pekomikbangkit.wasap.my/

Atau whatsapp ke 013-310 0020

Tulisan Jawi telah wujud sejak sekitar tahun 1300 M di Kepulauan Melayu.Abjad Arab yang diperkenalkan ini diubah suai agar sesuai dengan bahasa Melayu klasik lisan.

Tulisan Jawi digunakan secara meluas di Nusantara; negeri-negeri kesultanan Melaka, Johor, Brunei, Sulu, Patani, Ache dan Ternate seawal abad ke-15, untuk tujuan surat-menyurat diraja, titah-perintah, puisi dan juga kaedah perhubungan utama sesama saudagar di pelabuhan Melaka. Ikhtisar-ikhtisar perundangan purbakala seperti Hukum Kanun Melaka dan bahan-bahan terbitannya, termasuk Hukum-Hukum Kanun Johor, Kedah dan Brunei semuanya ditulis dalam Jawi.

Perkembangan awal kartun dan komik Malaysia berkait rapat dengan penggunaan jawi pada era 30an sehingga 50an. Antaranya karya Ali Sanat (Wak Ketok), Saidin Yahya (Hang Tuah), Jamil Sulong (Sang Rajuna), Mohd Salehuddin (Pak Long dan Pak Ngah), AB Ibrahim (Rezeki Terbang Kasut Hinggap) dan banyak lagi.

Bersama kita meraikan nostalgia bersama T-Shirt Pekomik Bangkit Jawi.

Bangkitlah nusantara!

PRE ORDER t-shirt eksklusif ini segera dgn klik Link di bawah:
--->http://pekomikbangkit.wasap.my/
--->http://pekomikbangkit.wasap.my/
--->http://pekomikbangkit.wasap.my/
Atau whatsapp ke 013-310 0020

Pekomik Bangkit!

Tembakau Kehilangan Yang Dirasai

$
0
0

Innalillahi wa inna ilaihi rajiun.
Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita akan kembali.

Pada 9 June isterinya memberitahu yang Tembakau telah dimasukkan ke wad Hospital Kuala Lumpur dan dipakaikan alat bantuan pernafasan kerana kekurangan oksigen dalam paru-paru dan jantungnya sedikit bengkak. Dan pada tanggal 18 Jun 2018, penggiat dan peminat menerima berita yang menyedihkan. Kartunis Tembakau atau nama sebenar beliau Azhar Ahmad telah meninggal dunia. Media sosial dipenuhi dengan perkongsian perasaan peminat serta rakan-rakan beliau yang mana mereka berasa sedih dan terkejut tentang berita ini.

Tembakau merupakan salah seorang penggiat komik yang tidak jemu membantu dan menyokong aktiviti-aktiviti Pekomik serta arena komik tanahair. Karya beliau yang popular iaitu Kartini sentiasa menjadi bahan bualan peminat-peminat beliau.

Kartunis kelahiran Perak ini pernah menjadi tenaga pengajar Pekomik Classroom pada awal tahun ini dan merupakan pemenang Anugerah Pekomik kategori Penulis Komik Terbaik dan Komik Terbaik pada tahun 2012.

Kehilangan beliau amat dirasai dalam arena komik Malaysia dan Pekomik. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan mereka yang dirahmati Allah swt.

Kepada mereka yang ingin memberi bantuan, boleh terus berhubung dengan isterinya Puan Siti Nuraznie Ibrahim dan untuk sumbangan boleh terus ke akaun

Maybank
158097702745
Bank Islam
08040020154627

Sumbang Karya Anda #tributeTEMBAKAU

$
0
0


Imej: lukisan dalam buku lakaran Almarhum yang dikirimkan oleh isteri beliau


Sepertimana yang sedia maklum Kartunis Tembakau telah meninggal dunia. Pemergiannya amat dirasai oleh semua peminat dan rakan-rakan terdekat beliau. Justeru itu, Wanzu Alwan - Editor Komik-M sedang mengusahkan sebuah karya #tributeTEMBAKAU yang mana rakan-rakan dan peminat boleh boleh menyumbangkan karya untuk dihimpunkan dalam satu buku komik nanti.

Ini kenyataan rasmi dari laman FB Wanzu Alwan :-

"Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, kami di Komik-M sedang mengusahakan #tributeTembakau. Karya-karya tribute ini akan diterbitkan bersama-sama kompilasi komik pendek Allahyarham Tuan Tembakau dalam antologi Komik-M seperti AKU KAU & CINTA #1, AKU KAU & FACEBOOK #1, AKU KAU & ROBOT, dan AKU KAU & HANTU #2.

Sehubungan itu, kami dengan berbesar hati menjemput rakan-rakan, peminat, dan pembaca karya Almarhum untuk turut menyumbang karya. Royalti buku ini nanti akan disalurkan terus kepada keluarga Almarhum.

Komik pendek, komik panjang, komik strip, komik loose, pin up, poster, puisi, cerpen, anekdot, dan apa sahaja bentuk karya kami terima, asalkan berkaitan dengan Almarhum dan karya ciptaan Almarhum (KARTINI dan lain-lain). Hantar karya Tuan Puan kepada e-mel saya, wanzu@pts.com.my

Deadline adalah pada 15 Ogos ini.

Sekiranya ada kemusykilan, boleh PM atau e-melkan kepada saya.

Terima kasih, semua!"



Taklimat & Klinik Hakcipta Bersama MyIPO

$
0
0


BERITA BAIK!

Buat julung kalinya dengan usahasama MyIPO | Perbadanan Harta Intelek Malaysia, kami akan menganjurkan sessi KLINIK HAK CIPTA secara PERCUMA untuk ahli-ahli Pekomik:


Lokasi : Bilik Nukleus, Perbadanan Kota Buku, Aras 24, Menara Maju, 1001, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur. (Berhampiran stesyen LRT Bandaraya)
Tarikh : 21 Julai 2018
Masa : 9.30 - 11.30pagi (taklimat) 11.30 pagi - 4.00 petang (klinik)

Pendaftaran keahlian Pekomik boleh dibuat secara online di http://www.pekomik.org.my atau boleh mendaftar semasa acara berlangsung.

Klik Sini Untuk Daftar Ahli Rasmi PeKOMIK

CCX (Comics & Collector Expo) - Platform Terbaru Untuk Collector Bersatu

$
0
0


COMICS & COLLECTOR EXPO (CCX) 2018 AT KL GATEWAY MALL

Sebuah acara yang menawarkan platform terbaru untuk collector bersatu, bersuai-kenal, bertukar idea dan inspirasi serta berurusniaga dengan rasa ceria gembira!. Dibawakan khas oleh Persatuan Animasi Malaysia dan Manterverse dengan kerjasama KL GATEWAY MALL.



Lokasi : Tingkat 1, KL Gateway Mall.
Tarikh : 29 September - 30 September 2018
Masa : 10.00 pagi - 7.00 malam

Pelbagai booth jualan serta aktiviti akan berlangsung seperti komik percuma, Battle Hero PeKOMIK dan banyak lagi. Datanglah beramai-ramai, MASUK PERCUMA!!

KL TOON AT KUL Design 2018

Viewing all 103 articles
Browse latest View live