Quantcast
Channel: Persatuan Penggiat Komik Malaysia (PeKOMIK)
Viewing all 103 articles
Browse latest View live

SETAHUN PEKOMIK BANGKIT!

$
0
0


SETAHUN PEKOMIK BANGKIT!

Senarai acara/aktiviti yang telah dijalankan oleh Pekomik Jan'18 - Dis'18 (Tidak termasuk aktiviti pembinaan pasukan, mesyuarat, perayaan dan diskusi dengan pemain industri);
1) Pekomik Mascot Battle! | 12/1/18 - 25/1/18
2) Pelancaran Laman Web Rasmi Pekomik | 13/1/18
3) Pelancaran Semula Pekomik TV | 19/1/18
4) Booth @ Serambi Karya House Warming, KL | 25/2/18
5) Pekomik Classroom - Teknik Menghasikan Komik, Perbadanan Kotabuku, KL | 10/3/18
6) Mini Kotakomik @ Aeon Falim,Ipoh | 11/3/18
7) Mini Kotakomik @ SACC Mall, Shah Alam | 17-18/3/18
8) Booth @ CTFKL: Collectors Toyfair Kuala Lumpur 2018, KL | 31/3/18
9) Bengkel Dialogistrasi bersama Huzza TBG, Ipoh | 3/4/18
10) Anugerah Pekomik 2018, KL | 1/5/18
11) ACCOMIX @ Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018, KL | 27/4/18 - 6/5/18
12) Booth @ Anifest 2018, USJ | 12-13/5/18
13) Taklimat & Klinik Hakcipta @ Perbadanan Kotabuku, KL | 21/7/18
14) Booth @ Festival Kesenian Perak, Ipoh | 3-5/8/18
15) Booth @ Sama Sama Ria @ Cultural Street Art Fest, Ipoh | 25/8/18
16) Drink N Draw bersama Mie @ Bagiruang, Ipoh | 9/9/18
17) Battle KeluangMan @ CCX 2018. KL Gateway, KL | 29-30/9/18
18) Inktober Malaysia 2018 | 1-30/10/18
19) Booth @ FesKo, ASWARA, KL | 17-18/10/18
20) Booth @ Karnival Mahabbah, Masjid Sultan Abdul Aziz, PJ | 13/10/18
21) KL Toon! @ Quill City Mall, KL | 27-28/10/18
22) Booth @ Kotakomik Kajang 2.0 @ Metropoint, Kajang | 9-11/11/18
23) Booth @ Zoom Kartun CCX 2018 @ Summit USJ | 24-25/11/18
24) Cabaran Komik 24 Jam @ Pekan Kartun Pangkor 2018, Pulau Pangkor | 1-2/12/18
25) Bengkel Penulisan Komik Pekomik-DBP @ Dewan Bahasa & Pustaka, KL | 1-2/12/18
26) Booth @ Bengkel Mega Komik Strip, Perpustakaan Negara Malaysia, KL | 23/12/18

==========================================
SETAHUN SEBAGAI PRESIDEN PEKOMIK
==========================================
Alhamdulilah, bersyukur dapat duduk sama dengan orang-orang yang super hebat dalam Pekomik selama setahun.

Imbas kembali, pada mesyuarat agung 3/12/17 yang lepas, seramai lebih 50 penggiat komik tempatan telah hadir untuk menyokong dan memberi nyawa kembali kepada Pekomik untuk dihidupkan semula.

17 orang telah secara sukarela berikrar untuk menjadi jawatankuasa tinggi mengemudi Pekomik. Walaupun pada ketika itu, kami semua tidak berapa kenal dan ada juga yang baru berkenalan.

Dipendekan cerita, mesyuarat agung pada 3/12/17 telah memberi peluang untuk saya mengetuai 'dream team' ini.

'Code name' projek 'PEKOMIK BANGKIT telah diaktifkan sebagai slogan penjenamaan & penstrukturan semula Pekomik yang pernah menyepi selama setahun lebih.

Pelbagai pengalaman yang telah ditempoh bersama sepanjang setahun ini. Ribuan terima kasih kepada semua yang pernah dan terus menyokong kami.

==========================================
CARTA ORGANISASI 28/12/18
==========================================
Penasihat: Gayour
Presiden: Mior Azhar
Naib Presiden: Rani Wukong
Setiausaha Agung: Roseman
Naib Setiausaha : Khairil
Bendahari: Aznan
Naib Bendahari/ Juruaudit: Erwin
Perhubungan luar/ Tugas-tugas khas: Faizal Mukhtar

Biro latihan/ kemahiran : Amna Shark
Biro informasi / pendaftaran : Alakazam
Biro kebajikan dan aduan : Nabilah
Biro kolektor : Azahari
Biro promo / pengurusan acara : Azrul Aloy & Iman
Biro grafik : Abu huzaifah & Nazr syaff
Biro penerbitan : Wada’ & Azrul

==========================================
PENUTUP
==========================================
Kesimpulannya, ayuh kita teruskan lagi usaha membangunkan Pekomik kerana perjuangan yang kita anggap kecil ini, boleh sedikit sebanyak membantu industri kreatif negara, khususnya komuniti kartun dan komik.

Semoga Pekomik akan ke tahap seterusnya pada tahun 2019.

Saya ingin mengambil masa untuk mengajak sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada semua rakan seperjuangan kita yang telah kembali ke Rahmatullah. Penghargaan khas Allahyarham Azhar Ahmad (Tembakau) dan Allahyarham Zainuddin Saleh (Lengkuas) yang banyak bagi sokongan tenaga dan moral yang teramat istimewa kepada saya sepanjang keterlibatan dalam komuniti kartun dan komik ini.

Kita teruskan legasi perjuangan orang-orang terdahulu.

#life

Yang menjalankan tugas;

Mior Azhar
Presiden
PEKOMIK

PERCUMA! Bengkel Komik Terbitan Sendiri Bersama Ahm Ahmad

$
0
0


BENGKEL MENGHASILKAN KOMIK TERBITAN SENDIRI (SELF PUBLISH COMIC)


Lokasi: AUDITORIUM, Balai Seni Negara
Tarikh: 26/1/2019
Masa: 2.00pm - 4.00pm

Siapa AHM AHMAD?
Beliau merupakan Pelukis komik secara indie dengan penghasilan karya BIRAT! Cakar Ayam Seorang Doktor, Awas! Jurutera Di Hadapan, Baran dan banyak lagi.

Karya komik BIRAT! kerap kali menjadi viral dalam pelbagai platform media sosial. Keunikan karyanya yang menyentuh pelbagai isu dengan gaya selamba menjadikan ia senang dan dekat dengan semua pembaca. Dengan jumlah cetakan sebanyak lebih 3,000 naskah (komik Birat!) secara indie dalam jangka masa kurang dari satu tahun, pasti ada tips bernilai yang mahu beliau kongsikan bersama anda!

Terbuka untuk semua dan masuk PERCUMA!

Makluman selanjutnya hubungi Mior 013 310 0020

Klik Sini Untuk Daftar Ahli Rasmi PeKOMIK

ZINE PEKOMIK : KARYA ANDA DIPERLUKAN!

$
0
0


ZINE PEKOMIK : KARYA ANDA DIPERLUKAN!


Kini, Pekomik kian aktif dengan pelbagai aktiviti-aktiviti memerlukan sumbangan para ahli untuk menampilkan karya-karya seni komik tempatan dalam sebuah zine.Zine ini diharap dapat memberi pendedahan mengenai bakat-bakat yang ada dikalangan ahli-ahli pekomik kepada dunia.

Tema : MALAYSIA
Komik : 2- 4 mukasurat
Tarikh tutup : 5 JULAI 2019

SPESIFIKASI ZINE PEKOMIK

Mukasurat : 2- 4 Mukasurat isi komik hitam putih
Jilid : Bergantung kepada jumlah penyertaan yang terpilih
Genre : Terbuka mengikut tema 'Malaysia'(Imej-imej dan isu-isu sensitif tidak dibenarkan)
Penceritaan : One shot atau minor cliff-hanger
Bahasa : Bahasa melayu atau english
Saiz : A4 atau A3 sahaja
Dpi : 300

SYARAT PENYERTAAN

  • Sila sediakan 2 salinan komik (softcopy) - *1 SALINAN KOMIK LENGKAP DENGAN DIALOG *1 SALINAN KOMIK LENGKAP TANPA DIALOG & BUBBLE

  • Hasil karya komik tidak melanggar hakcipta individu atau syarikat lain dan seumpamanya.

  • Pihak Pekomik berhak untuk mempamerkan / menerbitkan komik-komik peserta sebagai sebahagian rangka promosi kesenian kartun dan komik Malaysia. Walau bagaimanapun, komik adalah hak milik pelukis komik dan nama pelukis komik akan dikekalkan dalam karya.

  • Para sukarelawan Pekomik tidak dapat apa2 hasil kewangan dari penghasilan zine ini, semua hasil jualan yang diterima akan dimasukkan ke dalam tabung persatuan.

  • Zine ini bertujuan untuk mempromosikan komik Malaysia. Pekomik bukanlah sebuah syarikat penerbitan, tetapi sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk memberi sokongan kepada industri kreatif negara.

  • Sila sertakan nama samaran, nama penuh, nombor kad pengenalan, nombor telefon, alamat, link/url portfolio (jika ada) dan organisasi/IPT/sekolah (jika mewakili sesuatu institusi)



  • PENYERTAAN KOMIK YANG TERPILIH SAHAJA AKAN DITERBITKAN DAN MENERIMA TOKEN BERIKUT:
    1. ZINE PEKOMIK (1 UNIT)
    2. SIJIL PENYERTAAN

    Sebarang pertanyaan boleh hubungi Rani Wukong 019 362 7976 atau Roseman 016 315 0012.

    Hantarkan karya anda ke pekomikbangkit@gmail.com dan cc: manpekomik@gmail.com

    Klik Sini Untuk Daftar Ahli Rasmi PeKOMIK




    Viewing all 103 articles
    Browse latest View live


    Latest Images